Wanita Itu Dijaga Auratnya
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras
rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam
ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan
luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu
duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita
hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.
“Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah
wanita solehah
III
Wasiat Rasulullah Kepada Wanita dan Putrinya
Wasiat Rasulullah
Kepada Wanita
Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya: “Kebanyakan
wanita itu adalah isi Neraka dan kayu apinya.” Sayidatina Aisyah bertanya, “Mengapa, wahai
Rasulullah?” Jawab Rasulullah SAW:
1.
Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar
dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan waktu
melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan
kerja-kerja di rumah.
2.
Rasulullah SAW bersabda “Wanita,
apabila ia solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya
serta taat pada suaminya, maka masuklah ia dari mana saja pintu surga yang ia
kehendaki.” (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani dan Anas bin Malik)
3.
Rasulullah SAW bersabda: “Pertama kali
urusan yang akan ditanyakan pada hari Akhirat nanti ialah mengenai solat dan
mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).”
4.
Imam Thabrani menceritakan bahawa seorang
isteri tidak dianggap menjalankan kewajibannya kepada Allah sehingga ia
menjalankan kewajibannya kepada suaminya. Seandainya suaminya memintanya (untuk
digauli) walaupun (dia) sedang berada di belakang unta maka ia tidak boleh
menolaknya.
5.
Nabi SAW bersabda: ‘"Apabila
lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima solatnya sehingga ia kembali
dan mengulurkan tangannya kepada suaminya (meminta maaf).” (Riwayat dan Hassan)
6.
Abdullah bin Amru bin Al Ash r.a. berkata: ‘Bersabda
Rasulullah SAW: “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah
wanita (isteri) yang solehah.” (Riwayat Muslim)
7.
Sabda Rasulullah SAW: “Siapa saja
perempuan yang memakai bau bauan, kemudian ia keluar melihat kaum lelaki ajnabi
agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina dan tiap-tiap
mata yang memandang itu adalah zina.” (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)
8.
Sebaik-baik bagi wanita ialah tinggal di
rumah, tidak keluar kecuali untuk urusan yang mustahak. Wanita yang keluar
rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Rasulullah SAW: “Perempuan
itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandangnya.” (Riwayat
Tarmizi)
9.
Haram bagi wanita melihat laki-laki
sebagaimana laki-laki haram melihat wanita (yang halal nikah) kecuali dalam
urusan menuntut ilmu dan berjual-beli. Diriwayatkan bahwa pada suatu hari,
ketika Rasulullah bersama sama isteri-isterinya (Ummu Salamah dan Maimunah),
datang seorang datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum),Rasulullah menyuruh
isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, ‘Bukankah orang itu
tidak dapat melihat kami, ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Bukankah kamu
dapat melihatnya?” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
10.
Rasulullah SAW bersabda: “Perempuan
yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhramnya)
adalah seumpama gelap gulita pada hari Kiamat, tidak ada nur baginya. “
(Riwayat Tarmizi)
11.
Sabda Rasulullah SAW: ‘Dikahwini
wanita kerana empat sebab : kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana
kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu
bertuah.” (Riwayat Bukhari)
12.
Rasulullah SAW bersabda: “Salah satu
tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya
dan ringan pula maharnya (mas kawinnya).”
13.
Nabi SAW pemah bersabda: “Wanita yang
taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di
langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama dia masih taat
pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga sholat dan puasanya)."
14.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wanita yang
taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu Neraka dan akan terbuka
pintu-pintu Surga. Masuklah dan mana saja pintu yang disukainya dengan tidak
dihisab.”
15.
Rasulullah SAW bersabda: “Siapa saja
wanita yang bermuka masam sehingga menyebabkan tersinggung hati suaminya, maka
wanita itu dimurkai Allah sampai ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.”
16.
Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan
suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, baik itu miskin atau kaya.
17.
Ibnu Umar berkata bahawa telah datang seorang
wanita kepada Rasulullah saw lalu bertanya,”Apakah hak suami atas
isteri?” Jawab
baginda,”Tunaikanlah hajatnya sekalipun engkau berada di alas belakang
unta. Jangan berpuasa sunat melainkan di izinkan suami, kalau engkau berpuasa
juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri. Jangan keluar melainkan
dengan izinnya, jika keluar juga akan dilaknat oleh malaikat Rahmat dan
malaikat azab sehinggalah ia kembali ke rumahnya.”
18.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak boleh
seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta dengan
tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seorang laki-laki ke rumahnya dengan
tidak seizin suaminya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
19.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidaklah
putus balasan dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya
menggembirakan suaminya.”
20.
Dari Muaz bin Jabal, bersabda Rasulullah: “Siapa saja
wanita yang berdiri diatas kedua kakinya membakar roti untuk suaminya, hingga
muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dan
api Neraka.”
21.
Dan siapa saja wanita yang menunggu suaminya
hingga pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya atau
menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang
tangannya, membaikkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan
hartanya pada suaminya karena mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya
akan tiap-tiap kalimah ucapannya tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya
pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat nanti, Allah
karuniakan nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas karuniaan karamah
itu. Tidak ada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.
22.
Thabit Al Bananiy berkata: “Seorang
wanita dari Bani Israil yang buta sebelah matanya, sangat baik khidmatnya
kepada suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya,
dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada suatu malam, pelitanya
kehabisan sumbu, maka diambil rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada esok
harinya matanya yang buta telah sembuh Allah karuniakan karamah (kemuliaan)
pada perempuan itu karena memuliakan dan menghormati suaminya.”
23.
Dan lbnu Mas’ud bersabda Rasulullah SAW: "Tiap-tiap
wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya ke
dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) karena dia
memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk
turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.”
24.
Nabi SAW bersabda: “Siapa saja
wanita yang berkata kepada suaminya: Tidak pemah aku dapat dari engkau satu
kebaikanpun. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun walaupun ia
berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.”
25.
Sabda junjungan Rasulullah SAW: “Sebaik-baik
wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia
menyenangkan engkau, jika engkau memerintah diturutinya perintah engkau (taat)
dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.”
26.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Perempuan tidak
berhak keluar dari rumahnya kecuali jika terpaksa (kerana suatu urusan yang
mustahak) dan dia juga tidak berhak melalui jalan lalu-lalang melainkan di
tepi-tepinya.”
27.
Syeikh Abdullah berkata: “Durhaka seorang
perempuan yang keluar dan rumahnya kepada majlis zikir atau majlis ilmu yang
bukan fardhu ain. Wajiblah atasnya keluar supaya belajar dia akan segala fardhu
ain itu dan haram atas suaminya mencegah isteri jika dia (suami) tidak mampu
mengajarnya. Jika dia ada ilmu niscaya wajiblah atasnya mengajar akan isterinya
itu maka ketika itu haramlah perempuan itu keluar dari rumahnya lagi durhaka
dia.”
28.
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila
seorang laki-laki memanggil isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya, hingga
marahlah suaminya, maka tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat sampai pagi.
“
29.
Abu Bakar As Siddiq mengatakan. aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda: “Wanita-wanita yang menggunakan
lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan
Allah, laknat malaikat juga laknat manusia semuanya “
30.
Ibnu Umar r.a. berkata, telah bersabda
Rasulullah SAW: “Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu masing-masing
akan ditanya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah
tangga suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian pemimpin dan akan
bertanggungjawab atas pimpinanmu. “ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
31.
Tersebut dalam kitab Muhimmah karangan Syeikh
Abdullah bin Abdul Rahim Pattani:“Hendaklah isteri mendahulukan suaminya atas
hak dirinya dan seluruh kaum kerabatnya.”
32.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Wanita yang
tinggal di rumah bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama-samaku di dalam surga.”
33.
Rasulullah SAW bersabda: “Syurga itu
terletak di bawah telapak kaki ibu.” (Riwayat Ahmad)
34.
Rasulullah SAW bersabda: “Wanita yang
meminta suaminya menceraikannya dengan tidak ada sebab yang dibenarkan oleh
syariat, haramlah baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
35.
Rasulullah SAW bersabda: “Wanita yang
meninggal dunia dalarn keadaan suaminya redha (tidak marah) padanya, niscaya ia
masuk surga.” (Riwayat Tarmizi)
36.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila
seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristightarlah para
malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebaikan dan
menghapuskan baginya seribu kejahatan.”
37.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila
seorang wanita mulai sakit hendak bersalin maka Allah mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil)”.
38.
Nabi SAW bersabda: “Apabila
seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa dosanya seperti keadaan
ibunya melahirkannya.”
39.
Rasulullah SAW bersabda: “Perintahkanlah
anak-anakmu semua yang berumur tujuh tahun untuk mengerjakan sholat. Apabila
mereka telah berumur sepuluh tahun tetapi belum mengerjakan sholat hendaklah
dipukul (tetapi jangan sampai luka) dan pisahkanlah tempat tidurnya.” (Riwayat
Abu Daud)
40.
Sabda Rasulullah SAW: “Ya Fatimah,
barang siapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis dan
mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia dari sungai-sungai serta
diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi
sebuah taman daripada taman-taman surga, dan dicatatkan Allah baginya kebebasan
dari api Neraka dan selamatlah ia melintas titian Sirat”
41.
Hal-hal yang menjadikan wanita itu durhaka
kepada suaminya seperti tersebut dalam kitab Muhimmah: [a]. Menghalang suami
dari bersuka-suka dengan dirinya baik itu untuk jimak atau menyentuh mana saja
bahagian tubuhnya. [b]. Keluar rumah tanpa izin suami baik itu ketika suami ada
di rumah ataupun tidak ada. [c]. Keluar rumah karena belajar ilmu yang bukan
ilmu fardhu ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu fardhu ain jika suaminya
tidak mampu mengajar. [d]. Tidak mau berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
[e]. Mengunci pintu, tidak mengizinkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin
masuk. [f]. Bermuka masam ketika berhadapan dengan suami. [g]. Minta talak. h.
Berpaling atau membelakangi suami ketika berbicara. [i]. Menyakiti hati suami
baik itu dengan perkataan atau perbuatan. [j]. Meninggalkan tempat tidur tanpa
izin. [k]. Mengijjnkan orang lain masuk ke dalam rumah, sedangkan orang itu
tidak disukai oleh suami.
42.
Tersebut dalam kitab Muhimmah, suatu ketika di
Madinah, Rasulullah SAW keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati beberapa
orang wanita dalam majelis. Baginda lalu bertanya: “Apakah kamu menyolatkan
mayat?” Jawab mereka, “Tidak.” Sabda baginda, “Sebaiknya kamu sekalian tidak
perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetap tinggallah di rumah dan
berkhidmat kepada suami niscaya pahala sama dengan ibadah- ibadah orang
laki-laki.”
43.
Imam Ghazali rh.m berkata: “Wajib bagi wanita mengikuti
perintah suaminya selagi tidak membawa maksiat.”
44.
Ulama-ulama ada berkata, wajib bagi
wanita-wanita: a. Mengekalkan malu pada suaminya. b. Merendahkan (menundukkan)
mata ketika berpandangan. c. Mengikut kata-kata dan suruhannya. d. Dengar dan
diam ketika suami berbicara. e. Berdiri menyambut kedatangannya. f. Berdiri
menghantar kepergiannya, g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur. h. Memakai
wangi-wangian untuk suaminya. i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk
suaminya. j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tidak adanya.
k Tidak berkhianat ketika ketidak adaan suaminya. I. Memuliakan keluarga
suaminya. m. Memandang pemberian suami yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, Surga dan Neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha
atau tidaknya suami padanya.
45.
Dicentakan di dalam kitab Muhimmah bahwa
seorang Badwi menemui Rasulullah lalu berkata,” Tidak akan aku
percaya pada engkau sebelum ditunjukkan padaku suatu mukjizat.” “Apakah yang
engkau kehendaki” tanya Rasulullah. “Suruh pohon kurma yang kering itu
menghadap engkau,” kata Badwi itu. Maka bersabda Rasulullah, “Pergilah engkau
kepada pohon yang kering itu, katakan bahwa Muhammad memanggilnya.” Arab Badwi
itu pun melakukan apa yang diperintahkan. Setelah diberitahu kemudian, pohon
kurma itu kelihatan bergerak gerak ke kin dan ke kanan hingga tercabut
akar-akarnya dan berjalan ia menghadap Rasulullah, lalu memberi salam.
Rasulullah menjawab salamnya. Melihat peristiwa itu Arab Badwi itu terus
mengucap kalimah syahadah. “Cukuplah ya Rasulullah, cukuplah,” katanya lagi.
Rasulullah pun memerintahkan pohon itu kembali ke tempatnya. Arab Badwi itu
berkata lagi. “Wahai Rasulullah, aku telah meminta darimu sesuatu yang tidak
pernah diminta oleh orang lain. Itu pun engkau tunaikan, karena itu ijinkan aku
sujud kepadamu setiap kali sujud sholat di belakangmu.” Jawab baginda, “Tidak
harus seorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku
perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya, karena membesarkan dan
memuliakan hak-hak suami mereka.”
46.
Dari Ali bin Abi Talib: Aku dengar Rasulullah
bersabda: “Tiga golongan dari umatku akan mengisi Neraka Jahanam
selama tujuh kali umur dunia. Mereka itu adalah: [a]. Orang yang gemuk tetapi
kurus. [b]. Orang yang berpakaian tetapi bertelanjang. [c]. Orang yang alim
tetapi jahil. Adapun yang gemuk tetapi kurus itu ialah wanita yang gemuk
(sehat) tubuh badannya, tetapi kurang ibadahnya. Orang yang berpakaian tetapi
telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama (yaitu
berpakaian tipis atau terlalu ketat hingga terbayang bentuk tubuh badannya).
Orang yang alim tetapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram karena
kepentingan pribadi. “
47.
Rasulullah SAW bersabda: “Empat
golongan wanita yang berada di syurga ialah: [a]. Perempuan yang menjaga
dirinya dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya. [b].
Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang
hati keadaan serba kurang (dalam kehidupannya) bersama suaminya. [c]. Perempuan
yang bersifat pemalu dan jika suaminya datang maka ia mengekang mulutnya dari
perkataan yang tidak layak kepadanya. [d]. Perempuan yang ditinggal mati oleh
suaminya dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dininya
hanya untuk mengurus anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya
dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia menikah karena kuatir putera
puterinya akan tersia-sia. (Kalau ada jaminan putera-puterinya tidak akan
disia-siakan barulah ia mahu menikah).
Wasiat Rasulullah Untuk Wanita Solehah
Sebaik-baik perhiasan
dunia adalah wanita sholehah. Dan “perkara yang pertama kali ditanyakan kepada
seorang wanita pada hari kiamat nanti, adalah mengenai sholat lima waktu dan
ketaatannya terhadap suami.” (HR.Ibnu Hibban dari Abu Hurairah)
Ada 10 wasiat Rasulullah kepada putrinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh
wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila
kemudian dimiliki oleh setiap istri sholehah. Wasiat tsb adalah:
1.
Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung
untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari
setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan derajat wanita itu.
2.
Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat
ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah menjadikan
dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.
3.
Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki
rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah
akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang
kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang ***
4.
Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan
kebutuhan tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga
kautsar pada hari kiamat nanti.
5.
Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh
keutamaan di atas adalah keridhoaan suami terhadap istri. Andaikata suamimu
tidak ridho kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai
Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.
6.
Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka
malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari
seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan
melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di
jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya
seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika
melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan
mendapat pertamanan indah yang merupakan bagian dari taman sorga. Dan Allah
memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan
ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga
hari kiamat.
7.
Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani
suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah
mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa
pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu
kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan
umrah.
8.
Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di
hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
9.
Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan
alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang
memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan
Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
10.
Ya Fathimah, tiadalah wanita yang meminyaki
kepala suami dan menyisirnya, meminyaki jenggot dan memotong kumisnya, serta
memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman arak yang dikemas indah
kepadanya yang didatangkan dari sungai2 sorga. Allah mempermudah sakaratul-maut
baginya, serta kuburnya menjadi bagian dari taman sorga. Dan Allah menetapkan
baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal-mustaqim dengan
selamat.
Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah
dunia. Jadilah diri-dirimu menjadi wanita sholehah, agar negeri menjadi indah,
karena dirimu adalah tiang negeri ini.
IV
Golongan Wanita Yang Di Siksa Dalam Neraka “Abdullah Bin Masud
r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “Apabila seorang wanita
mencucikan pakaian suaminya, maka Allah s.w.t. mencatat baginya seribu
kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang
disinari sang surya akan memintakan ampunan baginya, dan Allah s.w.t.
mengangkat seribu derajat untuknya.” (H.R. ABU MANSUR DIDALAM KITAB MASNADIL
FIRDAUS)
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut : Saya bersama-sama Fathimah berkunjung
kerumah Rasulullah, maka kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya
kepada beliau: “Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?”
Beliau menjawab, “Pada malam aku di Israkan ke langit, saya melihat orang-orang
yang sedang mengalami penyiksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku
menangis.”
Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah engkau lihat?”
Beliau bersabda:
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan
lidahnya serta tangan dicopot dari punggungnya, aspal mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik
punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah
ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan dibawah kekuasaan ular dan kala
jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri, serta dibawahnya tampak
api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting
dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya
sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta dan bisu didalam peti neraka, sedang
darahnya mengalir dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga, mulut) dan
badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himmar
(keledai) yang mendapat berjuta macam siksaan.
10. Wanita yang berbentuk anjing, sedangkan beberapa ular dan
kala jengking masuk melalui duburnya atau mulutnya dan keluar melalui duburnya,
sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, biji mata
kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.”
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hai Fatimah, adapun tentang hal itu :
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana tidak menjaga
rambutnya (di jilbab) dikalangan laki-laki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti
hati suaminya, dengan kata-katanya.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda : “Tidak seorang wanita pun
yang menyakiti hati suaminya melalui kata-kata, kecuali Allah s.w.t. akan
membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar tujuh puluh dzira kemudian akan
mengikatkannya dibelakang lehernya.”
3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya, kerana dia
menyusui anak orang lain tanpa seizin suaminya.
4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tanganya itu,
kerana dia keluar rumah tanpa seizin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan
dari nifas (keluar darah setelah melahirkan).
5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri, kerena dia
bersolek untuk dilihat laki-laki lain serta suka membicarakan aib orang lain.
6. Adapun wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan
gunting dari neraka, dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan
orang banyak, dengan maksud supaya mereka (orang banyak) itu melihat
perhiasannya, dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, karena
melihat perhiasannya.
7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai
keubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking, kerana dia mampu untuk
mengerjakan sholat dan puasa, sedangkan dia tidak mau berwudhu dan tidak sholat
dan tidak mau mandi wajib.
8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya
seperti keledai (himmar), karena dia suka mengadu-domba serta berdusta.
9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, kerana dia ahli
fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda : empat jenis
wanita yang berada di surga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan
beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di surga adalah
:
1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti
kepada Allah dan suaminya.
2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan
senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama
suaminya.
3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga
dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari
perkataan yang tidak layak kepadanya.
4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang
masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan
mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak
bersedia kawin karena khawatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar).
Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda : Dan adapun empat jenis
wanita yang berada di neraka adalah :
1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika
suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang ia
memakinya (memarahinya).
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.
3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari
rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya
(untuk menarik perhatian kaum lelaki).
4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur
dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, Rasul dan suaminya.
Oleh karena itu seorang perempuan yang bersifat dengan
sifat-sifat (empat) ini, maka ia dilaknat termasuk ahli neraka kecuali jika ia
bertaubat. Diceritakan dari isteri Khumaid As-sa-idiy bahwa ia datang kepada
Rasulullah S.A.W. lalu berkata : “Hai Rasulullah sesungguhnya aku senang
mengerjakan sholat bersamamu”. Beliau berkata : “Aku mengerti bahwa engkau
senang mengerjakan sholat bersamaku, akan tetapi sholatmu di tempat tidurmu itu
lebih baik dari pada sholatmu dikamarmu dan sholatmu dikamarmu lebih baik dari
solatmu dirumahmu dan sholatmu dirumahmu lebih baik daripada solatmu di mesjidku”.
(Bagi lelaki sangat dituntut sembahyang berjemaah di mesjid)
Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya yang lebih disukai
sholatnya perempuan oleh Allah ialah yang dilakukan pada tempat yang amat gelap
dirumahnya”.
Diceritakan dari Aisyah r.a. : “Pada suatu ketika Rasulullah
S.A.W. duduk di masjid, tiba-tiba masuklah seorang perempuan dari suku Muzainah
yang memakai pakaian yang terseret-seret ditanah untuk perhiasan pada dirinya
di dalam masjid”. Maka Rasulullah S.A.W. bersabda : “Wahai manusia laranglah
isteri-isterimu dari memakai perhiasan dan memperindah gaya berjalan di dalam
masjid. Kerana sesungguhnya kaum Bani Israil itu tidak dilaknat hingga mereka
memberi pakaian isteri-isteri mereka dengan pakaian perhiasan dan mereka
berjalan dengan gaya sombong di dalam masjid”.
Ibnu Abas r.a. meriwayatkan juga bahwa Rasulullah S.A.W.
bersabda : “Apabila seorang wanita keluar rumahnya dengan mempesolek dirinya
serta memakai bau-bauan (sedang suaminya redha akan berbuatan yang demikian
itu), maka dibangunkan untuk suaminya pada setiap langkahnya sebuah rumah di
neraka.”
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud : “Jihad seorang
wanita ialah taatkan suami dan menghiaskan diri untuknya.”
Isteri tidak wajib taat perintah dan arahan suami, apabila
perintah dan arahan itu bertentangan dengan hukum Allah S.W.T.
Imam Al-Ghazali menegaskan : “Seorang isteri wajib mentaati
suami sepenuhnya dan memenuhi segala tuntutan suami dari dirinya sekiranya
tuntutan itu tidak mengandungi maksiat.”
V
Hati Yang Ketandusan Cinta
Dialah wanita sholehah
yang menjaga kesucian dirinya.Allah telah menetapkan beberapa wanita mulia
sebagai penghuni surga & penghulu (pemimpin) para bidadari. Dialah bidadari
bumi, dialah wanita sholehah yang keberadaan dirinya lebih baik dan berarti dari
seluruh isi alam ini.
Ya Allah jadikanlah kami, ibu kami, kakak dan adik kami serta
perempuan-perempuan di sekeliling kami menjadi bidadari di dunia dan akhirat.
Amin Ya`Robbal Allamin.
Sabarlah duhai hati.
Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuat kau mengalirkan airmata ketika hati
merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda
keresahan.
Ada cinta yang dapat kau jadikan tempat merintih saat kesedihan datang
menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa saja yang kamu inginkan.
Namun, terkadang cintamu itu pasti diuji.
Sekuat mana cintamu pada-Nya, sehebat mana kasih kamu pada-Nya.
Ujian datang dalam berbagai cara.
Sekecil-kecil hal untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan ragu kasih sayang-Nya setelah didatangkan ujian pada
dirimu, maka sadarlah bahwa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.
Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan
isinya.
Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan
diuji.
Dari tes itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan
keridhaan dari-Nya.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak banyak yang ingin mencari cinta yang kekal abadi ini karena
tidak ingin dilanda tes ini.
Tidak banyak yang ingin mengeluarkan keringat dan darah sekalipun untuk
merasakan manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang
Khalid ini.
Maka sabarlah duhai hati.
Bila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan
nafsu semata.
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan semesta alam, maka itulah
sebenarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri lintasan cintai terhadap-Nya yang sudah
pasti dilalui kerikil dan duri,
akan didatangkan ” seorang ” yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana
dirimu juga.
Sebagai teman hidup dan yang akan menyempurnakan sebagian dari imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berporos Tuhan yang Maha Satu.
Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan
manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tidak siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta
itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang
Pencipta cinta itu sendiri.
Karena jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang
pasir yang kegersangan.
VI
Kenapa Harus Wanita Sholehah ?
Terkadang orang heran dan
bertanya, kenapa harus mereka?
Yang bajunya panjang, tertutup rapat, dan malu-malu kalau berjalan..
Aku menjawab.. Karena mereka,
lebih rela bangun pagi menyiapkan sarapan buat sang suami dibanding tidur
bersama mimpi yang kebanyakan dilakukan oleh perempuan lain saat ini..
Ada juga yang bertanya,
mengapa harus mereka?
Yang sama laki-laki-pun tak mau menyentuh, yang kalau berbicara ditundukkan
pandangannya.. Bagaimana mereka bisa berbaur…
Aku menjawab.. Tahukah
kalian.. bahwa hati mereka selalu terpaut kepada yang lemah, pada pengemis di
jalanan, pada perempuan-perempuan renta yang tak lagi kuat menata hidup. Hidup
mereka adalah sebuah totalitas untuk berkarya di hadapan-Nya.. Bersama dengan
siapapun selama mendatangkan manfaat adalah kepribadian mereka.. Untuk itu, aku
menjamin mereka kepadamu, bahwa kau takkan rugi memiliki mereka, kau takkan
rugi dengan segala kesederhanaan, dan kau takkan rugi dengan semua kepolosan
yang mereka miliki.. Hati yang bening dan jernih dari mereka telah membuat
mereka menjadi seorang manusia sosial yang lebih utuh dari wanita di manapun..
Sering juga kudengar..
Mengapa harus mereka?
Yang tidak pernah mau punya cinta sebelum akad itu berlangsung, yang menghindar
ketika sms-sms pengganggu dari para lelaki mulai berdatangan, yang selalu punya
sejuta alasan untuk tidak berpacaran.. bagaimana mereka bisa romantis?
bagaimana mereka punya pengalaman untuk menjaga cinta, apalagi jatuh cinta?
Aku menjawab..
Tahukah kamu.. bahwa cinta itu fitrah, karena ia fitrah maka kebeningannya
harus selalu kita jaga. Fitrahnya cinta akan begitu mudah mengantarkan
seseorang untuk memiliki kekuatan untuk berkorban, keberanian untuk melangkah,
bahkan ketulusan untuk memberikan semua perhatian.
Namun, ada satu hal yang
membedakan antara mereka dan wanita-wanita lainnya.. Mereka memiliki cinta yang
suci untuk-Nya.. Mereka mencintaimu karena-Nya, berkorban untukmu karena-Nya,
memberikan segenap kasihnya padamu juga karena-Nya… Itulah yang membedakan
mereka..
Tak pernah sedetikpun mereka berpikir, bahwa mencintaimu karena fisikmu,
mencintaimu karena kekayaanmu, mencintaimu karena keturunan keluargamu.. Cinta
mereka murni.. bening.. suci.. hanya karena-Nya..
Kebeningan inilah yang
membuat mereka berbeda… Mereka menjadi anggun, seperti permata-permata surga
yang kemilaunya akan memberikan cahaya bagi dunia. Ketulusan dan kemurnian
cinta mereka akan membuatmu menjadi lelaki paling bahagia..
Sering juga banyak yang
bertanya.. mengapa harus mereka?
Yang lebih banyak menghabiskan waktunya dengan membaca Al-Qur’an dibanding ke
salon, yang lebih sering menghabiskan harinya dari kajian ke kajian dibanding
jalan-jalan ke mall, yang sebagian besar waktu tertunaikan untuk hajat orang
banyak, untuk dakwah, untuk perubahan bagi lingkungannya, dibanding
kumpul-kumpul bersama teman sebaya mereka sambil berdiskusi yang tak penting.
Bagaimana mereka merawat diri mereka? bagaimana mereka bisa menjadi wanita
modern?
Aku menjawab..
Tahukah kamu, bahwa dengan seringnya mereka membaca al Qur’an maka memudahkan
hati mereka untuk jauh dari dunia.. Jiwa yang tak pernah terpaut dengan dunia akan
menghabiskan harinya untuk memperdalam cintanya pada Allah.. Mereka akan
menjadi orang-orang yang lapang jiwanya, meski materi tak mencukupi mereka,
mereka menjadi orang yang paling rela menerima pemberian suami, apapun
bentuknya, karena dunia bukanlah tujuannya. Mereka akan dengan mudah
menyisihkan sebagian rezekinya untuk kepentingan orang banyak dibanding
menghabiskannya untuk diri sendiri. Kesucian ini, hanya akan dimiliki oleh
mereka yang terbiasa dengan al Qur’an, terbiasa dengan majelis-majelis ilmu,
terbiasa dengan rumah-Nya.
Jangan khawatir soal
bagaimana mereka merawat dan menjaga diri… Mereka tahu bagaimana memperlakukan
suami dan bagaimana bergaul di dalam sebuah keluarga kecil mereka. Mereka sadar
dan memahami bahwa kecantikan fisik penghangat kebahagiaan, kebersihan jiwa dan
nurani mereka selalu bersama dengan keinginan yang kuat untuk merawat diri
mereka. Lalu apakah yang kau khawatirkan jika mereka telah memiliki semua
kecantikan itu?
Dan jangan takut mereka akan
ketinggalan zaman. Tahukah kamu bahwa kesehariannya selalu bersama dengan ilmu
pengetahuan.. Mereka tangguh menjadi seorang pembelajar, mereka tidak gampang
menyerah jika harus terbentur dengan kondisi akademik. Mereka adalah
orang-orang yang tahu dengan sikap profesional dan bagaimana menjadi
orang-orang yang siap untuk sebuah perubahan. Perubahan bagi mereka adalah
sebuah keniscayaan, untuk itu mereka telah siap dan akan selalu siap
bertransformasi menjadi wanita-wanita hebat yang akan memberikan senyum bagi
dunia.
Dan sering sekali, orang tak
puas.. dan terus bertanya.. mengapa harus mereka?
Pada akhirnya, akupun menjawab…
Keagungan, kebeningan, kesucian, dan semua keindahan tentang mereka, takkan
mampu kau pahami sebelum kamu menjadi lelaki yang shalih seperti mereka..
Yang pandangannya terjaga..
yang lisannya bijaksana.. yang siap berkeringat untuk mencari nafkah, yang kuat
berdiri menjadi seorang imam bagi sang permata mulia, yang tak kenal lelah
untuk bersama-sama mengenal-Nya, yang siap membimbing mereka, mengarahkan
mereka, hingga meluruskan khilaf mereka…
Kalian yang benar-benar hebat
secara fisik, jiwa, dan iman-lah yang akan memiliki mereka. Mereka adalah
bidadari-bidadari surga yang turun ke dunia, maka Allah takkan begitu mudah
untuk memberikan kepadamu yang tak berarti di mata-Nya… Allah menjaga mereka
untuk sosok-sosok hebat yang akan merubah dunia. Menyuruh mereka menunggu dan
lebih bersabar agar bisa bersama dengan para syuhada sang penghuni surga…
Menahan mereka untuk dipasangkan dengan mereka yang tidurnya adalah dakwah,
yang waktunya adalah dakwah, yang kesehariannya tercurahkan untuk dakwah..
sebab mereka adalah wanita-wanita yang menisbahkan hidupnya untuk jalan
perjuangan.
Allah mempersiapkan mereka
untuk menemani sang pejuang yang sesungguhnya, yang bukan hanya indah
lisannya.. namun juga menggetarkan lakunya.. Allah mempersiapkan mereka untuk
sang pejuang yang malamnya tak pernah lalai untuk dekat dengan-Nya.. yang
siangnya dihabiskan dengan berjuang untuk memperpanjang nafas Islam di
bumi-Nya.. Allah mempersiapkan mereka untuk sang pejuang yang cintanya pada
Allah melebihi kecintaan mereka kepada dunia.. yang akan rela berkorban, dan
meninggalkan dunia selagi Allah tujuannya.. Yang cintanya takkan pernah habis
meski semua isi bumi tak lagi berdamai kepadanya.. Allah telah mempersiapkan
mereka untuk lelaki-lelaki shalih penghulu surga…
Seberat itukah?
Ya… Takkan mudah.. sebab surga itu tidak bisa diraih dengan hanya
bermalas-malasan tanpa ada perjuangan…
VII
Doa Isteri Solehah
Buat Suami
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku
yg telah ku
perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran
yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan
fisikal
Ka u kurniakanlah aku dengan sifat
keredhaanKau peliharalah lidahku dari kata-kata
nistaKau kuatkanlah semangatku menempuhi
segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama
insan
<BR>Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan
Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan
untuk terus bersamanya
Sekira nya suami ku ini adalah suami yg
akan membimbing tanganku dititianMu
Kurnia kanlah aku sifat kasih dan redha
atas segala perbuatannya
Seki ranya suami ku ini adalah bidadara
untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk
dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekir anya suami ku ini adalah yang
terbaik untukku di DuniaMu
Peliharal ah tingkah laku serta kata-
kataku dari menyakiti perasaannya
Sekir anya suami ku ini jodoh yang
dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi
segala kerenah dan ragamnya
Teta pi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan
bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik
untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekirany a suami ku tergoda dengan
keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus
membimbingn ya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap
nafsu yang melalaikan
Kurnia kanlah aku kekuatanMu untuk aku
memperbetulka n keadaanya
Sekiran ya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang
terbaik untukku au juga yang Maha
Mengampuni segala kesilapan dan
ketelanjurank u
Sekiranya aku tersilap berbuat
keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau
redhai
Sekiranya aku lalai dalam
tanggungjaw abku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan
diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanla h aku petunjuk kearah
rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahk an aku menghadapi segala
cubaanMuJadikanlah aku isteri yang disenangi
suamiBukakanlah hatiku untuk menghayati
agamaM u
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah
ku pohon segala
harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan
duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi
cabara nMu
Kerana pendek akal ku mengharungi
ujian Mu
Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang
dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal
Allamin..
Semoga aku dan kalian mendapatkan manfaat dari tulisan di blog ini..Amiin
BalasHapusSalam Kenal
amin ya robbal alamiin ...
Hapus